Thursday 14 June 2012

INSOMNIA .

Assalammualaikum n hye sume .

Haa.. belah kanan tuh aku :)

IMSOMNIA .

Imsomniac ! tuh aku, malam2 x tdoo, daa macam kelawar, mata plak daa macam panda, rasenyee cantek ag mate panda dr mate aku nih haa..

Malam2 x tdoo, aku wat apee ? maen game. yeah ! mang game tuh yang kaw akan jawab mase exam nanti ros. mang nanti soalan exam contohnyee ' apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran ? ' pastu kaw boleh laa jawab ' game bubble safari best woo . erh x laa plants vs zombie punyee game ag best . erh ! mnee adee game yg tuh . yg tuh . yg tuh ag best ' confirm2 kaw dapat 100% ros :) confirm sgt.

law laa aku boleh tido cam nee mlm2.. kn best.. 

Alang2 korang bcee. Nak selit laa gak pengetahuan am tentang IMSOMNIA nee. Harap dpt dijadikan pengetahuan untuk kite sume :)

Sebenarnyee..

Insomnia bukan suatu penyakit, tetapi merupakan suatu gejala yang mempunyai pelbagai penyebab, seperti kelainan emosional, kelainan fizikal dan penggunaan ubat-ubatan.
Sukar tidur sering terjadi, baik pada usia muda mahupun usia lanjut dan seringkali timbul bersamaan dengan gangguan emosional, seperti kecemasan, kegelisahan, kemurungan atau ketakutan.
Kadang seseorang sukar tidur hanya kerana badan dan otaknya tidak lelah.
Dengan bertambahnya usia, waktu tidur cenderung berkurang. Stadium tidur juga berubah, di mana stadium 4 menjadi lebih pendek dan pada akhirnya menghilang, dan pada semua stadium lebih banyak terjaga. Perubahan ini, walaupun normal, sering membuat orang tua berfikir bahawa mereka tidak cukup tidur.
Pola terbangun pada awal hari lebih sering ditemui pada usia lanjut. Beberapa orang tertidur secara normal tetapi terbangun beberapa jam kemudian dan sukar untuk tertidur kembali.
Kadang mereka tidur dalam keadaan gelisah dan merasa belum puas tidur. Terbangun pada awal hari, pada usia berapa, merupakan petanda dari depresi.
Orang yang pola tidurnya terganggu dapat mengalami irama tidur yang terbalik, mereka tertidur bukan pada waktunya tidur dan bangun pada saatnya tidur.
Hal ini sering terjadi sebagai akibat dari:

  • Jet lag (terutama jika perjalanan dari timur ke barat).
  • Bekerja pada malam hari.
  • Sering berubah-ubah jam kerja.
  • Penggunaan alkohol yang berlebihan.
  • Kesan sampingan ubat (kadang-kadang).
  • Kerosakan pada otak (kerana ensefalitis, stroke, penyakit Alzheimer).

Rawat cam gini..

Rawatan insomnia bergantung kepada penyebab dan beratnya insomnia.
Orang tua yang mengalami perubahan tidur kerana bertambahnya usia, biasanya tidak memerlukan rawatan, kerana perubahan tersebut adalah normal.
Pesakit insomnia hendaknya tetap tenang dan santai beberapa jam sebelum waktu tidur tiba dan mencipta suasana yang selesa di bilik tidur; cahaya yang redup dan tidak bising.

Jika penyebabnya adalah stress emosional, diberikan ubat untuk mengurangkan stress. Jika penyebabnya adalah depresi, diberikan ubat anti-dipresi.
Jika gangguan tidur berkaitan dengan aktiviti normal pesakit dan pesakit merasa sihat, boleh diberikan ubat tidur untuk sementara waktu. Alternatif lain untuk mengatasi insomnia tanpa ubat-ubatan adalah dengan terapi hipnosis dengan hipnoterapi.

Sekian trime kseh :D .



theme